Posts

Showing posts from March, 2018

DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

Image
DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM TAJUK : Penggunaan Bahasa Rojak Sudah Menjadi Amalan Di Kalangan Rakyat Malaysia. Bincangkan Peranan Pelajar Dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia Yang Betul. NAMA AHLI KUMPULAN :- MUHAMMAD ALI IMRAN BIN ZURKIPLE    12DNS15F2004 MUHAMMAD FARHAN BIN AZUWAIMI         12DNS15F2011 MOHAMAD NOR FAQIS BIN MAMAT 12DNS15F2010 MUHAMMAD HELMI BIN JAMIL 12DNS15F2017 ABU BAKAR ALSIDDIQ ALSAIDINA ALI BIN MOHD NASER  12DNS15F2009   KELAS : DNS5A                       PROGRAM : DNS                          SESI : DIS 2017 PENSYARAH  : PUAN DARMILA BINTI ALI ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN Bil Topik Halaman 1 Pengenalan 1 2 Objektif 2 3 Asal Usul Bahasa Rojak 3 4 Contoh Amalan Bahasa Rojak 4 5 Peranan Pelajar Dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia 5 6 Kesimpulan 6 7 Rujukan 7 8 Lampiran 8 DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM                        PENGENALAN

LAMPIRAN

Image
RUJUKAN

RUJUKAN

http://azwiraariwana.blogspot.my/p/tajuk-langkah-langkah-memartabatkan.html    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_rojak http://jesoc.com/wp-content/uploads/2016/12/KC5_30.pdf The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature  oleh Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar (2004)  ISBN 981-3018-52-6 . Abdullah bin Yusof, Alias Mohd Yatim, Mohd Ra’in Shaari. 2009. Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd KESIMPULAN                LAMPIRAN

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, cara-cara yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Hal ini dikatakan demikian, kerana Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita.   Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia.   Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan dan dinafikan lagi.   Bahasa Malaysia memberikan faedah yang besar dalam menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan teknologi Malaysia.   Kita haruslah mempertahankan dan mendaulatkan bahasa kita.   Jika tidak, generasi masa depan kita akan ketinggalan dan negara kita akan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa barat yang menggunakan bahasa asing.   Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan generasi muda sudah menjadi gaya hidup “wajib” bagi mereka untuk membuktikan bahawa mereka mengikuti perkembangan semasa.   Sebaliknya, individu yang menggunakan bahasa melayu baku dianggap sebagai skema dan ketinggalan zaman.   Justeru, bag...

PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

  (1). Membuat kempen berkaitan bahasa melaysia dalam kalangan mahasiswa.   Salah satu langkah yang harus dilakukan ialah mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa ialah dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia da...

CONTOH AMALAN BAHASA ROJAK

Image
"Kau memang terror (hebat) la!" "Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!" Pernahkah anda menggunakan bahasa seperti yang tertera di atas? Tidak? Anda pasti? Namun, setiap orang pernah menggunakannya tidak kira di mana, dengan siapa ataupun dalam keadaan yang bagaimana. Memang tidak dapat dinafikan semakin hari, semakin ketara penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian kita. Kini, penggunaan bahasa rojak bukan setakat dalam perbualan sahaja malahan telah melanda dunia teknologi internet seperti di "Facebook" dan "Twitter". Bukan itu sahaja, program di televisyen, radio mahupun novel dan majalah turut menggunakan bahasa rojak. Misalnya, ada sesetengah filem yang menggunakan bahasa Malaysia tetapi mempunyai judul dalam bahasa Inggeris atau bahasa rojak. Sebagai contoh, Senario The Movie, Remp-it, Antoo Fighter dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Ini menunjukkan satu fenomena di mana bahas...

ASAL USUL BAHASA ROJAK

Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris. Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa rojak dapat dikesan apabila sebuah entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini telah menarik ramai pedagang dari pelbagai bangsa dan budaya yang secara keseluruhannya bertutur lebih daripada 80 bahasa. Oleh itu, pedagang dunia dan penduduk tempatan sudah biasa menggunapakai pelbagai bahasa dalam satu pertuturan .Mengikut ensiklopedia Malaysia (vol. bahasa dan budaya), bahasa rojak merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya. OBJEKTIF                CONTOH AMALAN BAHASA ROJAK

OBJEKTIF

Objektif kajian ini ialah mengenal pasti percampuran bahasa yang digunakan dalam bahasa singkat terutamananya di laman social supaya pembaca tidak terpengaruh. Selain itu,kita juga dapat mengkaji penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar dan kanak-kanak supaya penggunaan bahasa dapat dijaga. Selain daripada itu,kita dapat membincangkan cabaran yang dihadapi dalam memartabatkan bahasa melayu pada masa kini. Justeru itu,kita haruslah mengenal pasti langkah-langkah mempromosikan penggunaan bahasa melayu dalam kehidupan seharian masyarakat agar tidak ketinggalan zaman. Akhir sekali,kita sepatutnya megkaji penggunaan media massa yang mempengaruhi remaja dalam penggunaan bahasa rojak yang berleluasa. PENGENALAN                ASAL USUL BAHASA ROJAK

PENGENALAN

Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan sendiri, iaitu Bahasa Malaysia.  Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa perhubungan atau  lingua franca lebih 600 tahun lalu, lebih lama daripada Bahasa Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun ke-16.  Sejak tahun 1955, Bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telah menjadi bahasa rasmi sejak merdeka.  Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas merdeka, Bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152.  Krisis baharu yang melanda Bahasa Malaysia ialah rakyat negara ini semakin meminggirkan Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan. Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kemajuan negara ini.  Faktor kedua berpunca daripada sikap orang melayu sendiri.  Hal ini demikian kerana orang melayu berkuasa telah meminggirkan Bahasa Malaysia darip...