PENGENALAN
Malaysia dan Nusantara mempunyai
bahasa pertuturan sendiri, iaitu Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia telah
menjadi bahasa perhubungan atau lingua francalebih 600 tahun lalu,
lebih lama daripada Bahasa Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun
ke-16. Sejak tahun 1955, Bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa
kebangsaan negara dan telah menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada
tahun 1967, sepuluh tahun selepas merdeka, Bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi
yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisis
baharu yang melanda Bahasa Malaysia ialah rakyat negara ini semakin
meminggirkan Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.
Krisis ini berpunca daripada
tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua berpunca daripada sikap orang
melayu sendiri. Hal ini demikian kerana orang melayu berkuasa telah
meminggirkan Bahasa Malaysia daripada rancangan pembangunan. Mereka tidak
mahu menyokong rancangan pembinaan kepustakaan Bahasa Malaysia. Jika
keadaan ini dibiarkan berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus
tertinggal dalam arus kemajuan, muflis dalam bidang ilmu, teknologi dan budaya
serta akhirnya terkubur di negara sendiri. Rata-rata ibu bapa mendidik
anaknya bertutur dalam Bahasa Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa
asing itu, mereka sukar mendapat pekerjaan.
Mahasiswa institusi pengajian tinggi
perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan Bahasa Malaysia.
Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan
Bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd
Khir, Menteri Pelajaran Malaysia, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang
dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di
institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan
memupuk kecintaan orang ramai terhadap Bahasa Malaysia. Pembabitan
mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan
peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan
pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat
mendaulatkan bahasa ibunda disamping memupuk kecintaan terhadap Bahasa Malaysia
dalam kalangan generasi masa kini.
ISI KANDUNGAN OBJEKTIF
Comments
Post a Comment