KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, cara-cara yang
konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Hal
ini dikatakan demikian, kerana Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan
kita. Hakikat ini perlu disedari dan
diakui oleh seluruh rakyat Malaysia.
Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan dan dinafikan
lagi. Bahasa Malaysia memberikan faedah
yang besar dalam menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan
teknologi Malaysia. Kita haruslah
mempertahankan dan mendaulatkan bahasa kita.
Jika tidak, generasi masa depan kita akan ketinggalan dan negara kita
akan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa barat yang menggunakan bahasa asing. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan
generasi muda sudah menjadi gaya hidup “wajib” bagi mereka untuk membuktikan
bahawa mereka mengikuti perkembangan semasa.
Sebaliknya, individu yang menggunakan bahasa melayu baku dianggap
sebagai skema dan ketinggalan zaman.
Justeru, bagi menghalang Bahasa Malaysia daripada terus dipengaruhi
unsur luar secara melulu, para pemimpin dan pendidik perlulah terus memupuk
generasi muda dengan memberi bimbingan dan teladan kepada mereka agar sikap
menghargai bahasa rasmi negara ini dapat berterusan. Istilah “jangan lupa diri”, sering didengar
di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia.
Istilah ini merupakan satu frasa yang menyatakan bahawa sesorang itu
harus ingat akan asal-usul diri mereka dan nenek moyang mereka, sekalipun ia
bersifat perkauman. Bak kata pepatah,
“yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu
bahasa”.
PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA RUJUKAN
Comments
Post a Comment