PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
(1). Membuat
kempen berkaitan bahasa melaysia dalam kalangan mahasiswa.
Salah satu langkah yang harus dilakukan ialah
mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif
untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu
bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu.
Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan
bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa ialah dengan menganjurkan
Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan
akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia.
Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras
dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut
diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat
mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa
Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.
(2). Penggunaan bahasa malaysia dalam aktiviti
ilmu utuk semua peringkat pendidikan.
Selain itu,para pelajar mempunyai peranan dan
tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar
ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja,
pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan,
soal jawab , penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan
aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan ,ulasan
dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.
(3). Memberi dorongan tentang kepentingan
bahasa Malaysia
Di
samping itu, peranan pelajar dalam memartabatkan bahasa Malaysia ialah dengan
memberi dorongan kepada pelajar antarabangsa untuk mengenali dengan lebih
mendalam tentang kepentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian. Hal ini
sekaligus dapat membantu Malaysia dalam meningkatkan penggunaan bahasa Melayu
dan secara tidak langsung,imej negara kita dipandang gah di persada dunia.
(4). Memupuk sendiri sikap rajin dalam diri
sendiri.
Seterusnya, kita sebagai pelajar perlu rajin
mempelajari bahasa Melayu kerana ia merupakan satu-satunya bahasa yang
menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Pelajar boleh menyemai
minat dalam mempelajari bahasa Melayu melalui pelbagai cara yang berkesan
seperti mendengar lagu Melayu, mencari ceritayang menggunakan bahasa melaysia
yang betul untuk menarik minat.
(5). Dipupuk sejak di bangku sekolah .
Pelajar juga boleh melibatkan diri dalam
komuniti seperti di sekolah dan badan-badan yang relevan. Di sekolah, pelajar boleh
menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa Melayu dan bagaimana ia
melambangkan jati diri bahasa Melayu di kelas. Para pelajar boleh menjalankan
program-program yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti bengkel
mempromosikan bahasa Melayu dan kempen kesedaran tentang kepentingan bahasa
Melayu. Aktiviti-aktiviti ini tentu dapat membantu para pelajar memartabatkan
bahasa Melayu. Pengenalan tentang kepentingan bahasa melaysia yang betul
penting kepada pelajar di bangku sekolah kerana mereka akan membawa bahasa
tersebut kepada masa akan datang. Jika baik bahasa nya sejak di bangku sekolah,
mereka akan membawa imej yang baik sampai bila-bila.
CONTOH AMALAN BAHASA ROJAK KESIMPULAN
CONTOH AMALAN BAHASA ROJAK KESIMPULAN
Comments
Post a Comment