CONTOH AMALAN BAHASA ROJAK
"Kau memang terror (hebat) la!"
"Jangan susah hati maa, lu punya bos
mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!"
Pernahkah anda menggunakan bahasa seperti
yang tertera di atas? Tidak? Anda pasti?
Namun, setiap orang
pernah menggunakannya tidak kira di mana, dengan siapa ataupun dalam keadaan
yang bagaimana. Memang tidak dapat dinafikan semakin hari, semakin ketara
penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian kita. Kini, penggunaan bahasa
rojak bukan setakat dalam perbualan sahaja malahan telah melanda dunia
teknologi internet seperti di "Facebook" dan "Twitter". Bukan
itu sahaja, program di televisyen, radio mahupun novel dan majalah turut
menggunakan bahasa rojak. Misalnya, ada sesetengah filem yang menggunakan
bahasa Malaysia tetapi mempunyai judul dalam bahasa Inggeris atau bahasa rojak.
Sebagai contoh, Senario The Movie, Remp-it, Antoo Fighter dan Lu Pikirlah
Sendiri The Movie. Ini menunjukkan satu fenomena di mana bahasa rojak kini
sudah digunakan secara meluas. Mungkinkah anak-anak generasi yang akan datang
menggunakan bahasa rojak ini dalam penulisan karangan bahasa Malaysia mereka?
Adakah ini merupakan suatu pencemaran bahasa?ASAL USUL BAHASA ROJAK
PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
Comments
Post a Comment