ASAL USUL BAHASA ROJAK
Bahasa rojak merupakan suatu percakapan
yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya
Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika
lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris.
Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka,
bahasa rojak dapat dikesan apabila sebuah entrepot antarabangsa didirikan oleh
Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini telah menarik ramai
pedagang dari pelbagai bangsa dan budaya yang secara keseluruhannya bertutur
lebih daripada 80 bahasa. Oleh itu, pedagang dunia dan penduduk tempatan sudah
biasa menggunapakai pelbagai bahasa dalam satu pertuturan .Mengikut
ensiklopedia Malaysia (vol. bahasa dan budaya), bahasa rojak merupakan
sebahagian daripada pijin bahasa penghubung di Malaysia. Keunikan bahasa ini
terdapat dalam gaya alihannya.
OBJEKTIF CONTOH AMALAN BAHASA ROJAK
Comments
Post a Comment